Ads Nuffnang

Tuesday, August 17, 2010

Resepi Mee Kuning

Lama btul julie tak masak mee kuning. Geram btul nak buat bila tgk resepi kat jiran-jiran blog sebelah ni. :). Tadi lepas buka je, julie terus buat projek mega, "Mee Kuning Julie", imported to jiran-jiran sebelah...hhahahah...ye lar..nak import semua kedai runcit kat malaysia ni, bayak benor modal nye.


First Round after rebus
Bahan-bahan:

1 sk Soda bikarbonat + air kapur
1 sk garam
400 g Tepung Gandum
200 ml air suam
*Nasib theblabber.habaq tadi, dia tanya camne leh warna kuning, pewarna kah...NO no no..pewarna...ni pakai petua turun-temurun, dari moyang ke pak dan ke mak dan ke julie...Serbuk kunyit adabi sk.(sebab tu leh jadi kuning cik blabla(aiseh apa namo nih...akan da jumpe kat mana2 ka, nak panggil bla bla bla lak..heheh)

Cara-cara:

Mula-mula julie campurkan soda bikarbonat+air kapur+garam+serbuk kunyit 1 sk(tujuan untuk bagi warna dia kuning) dgn air panas. Ni julie belaja ada dari satu blog nih, tak ingat nama dia..btw, petua ni mmg berkesan. Then , tunggu sampai air ni suam. Then, campurkan dgn tepung gandum. 400 g maksud dia sama dgn 2  cawan tepung gandum. Gaul sama rata pastu masukkan 200 ml air suam. Biar dia paroi sebab masa kita gelek nanti dia padu. Kalau ada breadmaker lagi senang, masuk je sume adunan, terus tekan kuar mee. 

Petua:

Untuk mengelakkan mee tu bercantum2, letak tepung ubi skit masa gelek tuh, Then masukkan dalam mesin gelek mee. Juli beli kat mydin subang mesin mee ni.Tak mahal dalam rm20 je.

Pastu rebus dalam air mendidih.

Petua:

Lepas rebus dalam air panas, biar dalam 3 minit, angkat dan toskan. Jangan basuh dgn air kalau nak simpan lama. Sebab pengalaman julie, kalau basuh dgn air, mee cepat basi. Lepas angkat, terus gaul dengan minyak.

Second round after rebus


After: Mee Goreng Mamak

Lagi satu, resepi juli ni tak guna telur. Sesetengah resepi guna telur. Terpulang kepada masing2 nak tambah telur ke tidak. Kalau nak tambah, guna telur 1 biji untuk adunan ni.


Okey, Selamat Mencuba. 

2 comments:

theblabber. said...

hoe to make it kuning? pewarna kah?

hehe

meriahceria said...

hahaha...no no..ni pakai pewarna turun-temurun, turun dari moyang dan turun ke mak dan ke julie..SERBUK KUNYIT ADABI...hhahahahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...