Ads Nuffnang

Tuesday, February 28, 2012

Panggilan kecemasan daripada sekolah

Source: Google


After lunch tadi,around 12,received call daripada sekolah witra kata witra demam panas. Apa perasaan anda bila they said anak yg demam panas td menangis tak henti2. Dah tentu panik!

Allah je lah yang tahu perasaan saya tadi drive daripada ofis di cyberjaya ke tadika anak dekat seri kembangan. Pagi masa saya hantar tadi,witra sihat cuma lapar sakit perut. Saya maklumkan pada cikgu nani,beliau kata makanan takde,pukul 9:30 baru makanan sampai.

Bila saya sampai,anak saya tengah menangis dan betul badan dia panas. Ya Allah, lagilah saya panik. Setelah pertemuan serampang dua mata dengan puan nani, saya bertanya kenapa anak saya menangis,beliau kata anak saya elok tapi bila selisih faham dgn rakan di kelas,witra menangis.

Saya tidak salahkan puan nani kerana beliau tampil bercakap dengan saya. Yang saya ungkit di sini,kenapa anak saya menangis tiada yang berusaha pujuk. Hancur hati saya tengok witra menangis teresak-esak menangis di sekolah tadi. Susah sangat ke nak pujuk anak 5 tahun sementara tunggu ibu ye sampai ke sekolah?

Source: Google

Kepada puan nani, cikgu siti, dan adik-adik pembantu sekolah yang ada disitu serta pihak pengurusan yang baca blog saya, sila ambil perhatian dan saya berterima kasih di atas makluman. Saya telah membawa witra ke klinik, benar witra demam panas. Walau apa pun, saya berterima kasih kepada pihak sekolah di atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Isu anak sakit dan menangis tak henti-henti bukan isu main-main. Saya seru kepada mereka di luar sana, parents yang ada masalah dengan anak di sekolah, tampil ke hadapan agar sekolah lebih prihatin akan masalah ini. Banyak isu saya sentuh semasa perbualan tadi. Saya berharap pihak pengurusan lebih peka dan prihatin di atas idea dan cadangan yang saya berikan kepada puan nani.

Update:  Rabu, 29 February 2012
              At 3.54 am, sekarang ni, badan witra jadi panas balik. Minta-minta esok ok la :(

 Update Part 2: Khamis. 1 march 2012
                         At 3.00 am. badan witra jadi panas balik mcm semalam. terpaksa mandikan dia dan bagi ubat. Hopefully ok by tommorow. If not, kene bawak jumpe doctor balik. Witra muntah-muntah dan cirit birit seharian.

Baik cepat ye sayang!

              





MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.


 

2 comments:

Unknown said...

sangat2 merisaukan kn?? kalau laa boleh.. nk pasang satu cctv kt bdn anak2 kita... nk setiap masa diaorg ada dpn mata kita.. tapi apakan daya...

meriahceria said...

betul tu ct, ni pun rasa nak je berhenti sekolah, frust bila nak deal benda mcm ni banyak kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...