Ads Nuffnang

Thursday, February 2, 2012

Kuih Bijan





 Kuih Bijan

Kuih bijan ini special sikit. Resepi nya julie dapat dari ibu mertua. Rasa kuih nya rangup dan tak muak bila di makan berulang kali. 
Memang macam-macam bentuk julie buat, ada lonjong, ada bulat dan leper. Ohoh, nak ilang boring masa adun kuih, datanglah idea nak buat macam-macam.

Resepinya mudah je, mak mertua julie guna sukat satu bungkus tepung pulut, 3 genggam tepung gandum, air sukat ikut rasa(dlm 2 cawan), sedikit garam dan gula sikit.

Untuk inti dia pulak:

Sebiji kelapa yang telah dimesin
garam
gula melaka(agak-agak)
gula pasir(ikut suka)
daun pandan

Untuk buat inti dia senang sahaja, campurkan semua bahan di atas dan masak sehingga naik bau. Letak seketika sehingga sejuk.


Untuk kulit luar dia pula, lepas kita campurkan semua bahan, kita bentukkan bulat dan isi inti. kepal cantik-cantik dan gaul sama rata di atas bijan.

Lepas siap, boleh lah di goreng.

Selamat Mencuba!


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

2 comments:

aspragina said...

waaa pandai ye ko wat kuih bijan nih..aku lom penah wat lg kuih ni..tp nk sgt cuba buat hihi :)

meriahceria said...

senang je jie, aku pun baru buat skali je tapi, mak mertua aku pandai la, sbb dia buat kuih utk jual, jie, try lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...