Ads Nuffnang

Thursday, February 2, 2012

Home Tuition



Cik Meriah Ceria sedang di tuitionkan

 Tahun ini genap 3 tahun suami dan julie buat home tuition. Suami julie seorang cikgu sekolah. Mula-mula kami tidak merancang untuk membuat home tuition. Bila pindah ke seri kembangan tiga tahun lepas, jiran kami, kak nik datang minta buat home tuition untuk anak-anaknya. Dari situlah bermula kisah home tuition kami.

Home tuition ini seronok, sambil mengajar julie pun belajar juga(julie bukan seorang cikgu). Apa yang julie nak ceritakan bukan mengenai kisah tuition tapi mengenai persepsi kita tentang home tuition. Kak Nik yang merupakan jiran pertama yang menghantar anak, menyatakan boleh letak berapa sahaja yuran. Mula-mula tu cuak gak pikir berapa lak nak letak rate untuk home tuition ni. Google punya google, macam-macam rates julie jumpa. Ada yang letak sejam RM50, RM40,RM35 dan ada jugak yang letak sejam RM100.


Fikir punya fikir, kami sepakat nak buat sejam RM 5 sahaja. Masa tu ramai(dikalangan kawan-kawan kami) juga yang marah-marah, ujar mereka terlalu murah, tidak berbaloi dan macam-macam lagi. Tapi tidak ramai yang tahu, yuran yang mahal tidak menjamin ilmu yang kita ajarkan pada anak-anak sama nilainya. InshaAllah disana nanti, pahala disini dapat membantu kami di sana nanti.

Konsep nya mudah ajar, kami ajar dengan sepenuh hati kami, dengan harapan anak yang dididik mereka faham dan akhirnya peroleh keputusan yang cemerlang. Tahun lepas, ada seorang student tahun 6 masa mula-mula datang nak mengeja dalam bahasa melayu pun sukar. Memang runsing juga kami fikirkan ,bagaimana nak mula dari awal balik. Alhamdullilah, dalam UPSR, dapat keputusan yang amat membanggakan.



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

8 comments:

Cikgu Hairul said...

Apa yang penting bukan harga yang kita letak, tapi harga yang orang nilai dengan kebolehan kita. Bila orang menilai kemampuan kita, tak mustahil nanti dia akan bayar RM50 sejam.

meriah ceria said...

btul tu cikgu hairul, kami pernah dpt request dr seorang parent nak bayar rm50 sejam tp beliau anak beliau je dalam kelas. Kesian pada student lain, kami offer rm5 sejam tp campur dengan student lain. Beliau setuju dan tiap kali bayar yuran, mmg beliau selalu bayar lebih.

earnic said...

saya pernah pergi tusyen matematik di KB, cuma RM1/jam. cikgu Malik namanya, alhamdulillah..guru yg bagus. drpd x pandai math, sy dpat A utk PMR. punyalah suka hanya tuhan yg tahu!

meriah ceria said...

seronok sy dgr pengalaman earnic...alhamdullilah..

Unknown said...

boleh tambah student lg x?...mcm berminat plak nak send anak tuition dgn u all..

meriah ceria said...

salam,darjah berapa ye?

Unknown said...

klu anak sya darjah 5...boleh accept lg x?..umah kat mana?

meriah ceria said...

Nnt sy update dalam 2 hari lagi ye, saya kat area lep 6/5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...