Ads Nuffnang

Thursday, October 14, 2010

Paru masak sambal




  Paru masak sambal

Julie masak sambal paru ni hari isnin  tapi semalam susah benar nak upload gambar. Lama dah nak masak paru ni. Sedap...yummy...(macam makan aiskrim lak..he3)....selamat mencuba!


Source : sambal paru

 BAHAN-BAHAN :
1 kilo paru
1 bawang merah yang besar- di potong nipis
1 sudu teh asam jawa segera
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :
20 biji cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm belacan

CARA MEMASAK :
1) Rebus paru sampai masak atau separh masak , yang penting paru ni menjadi kenyal dan mudah dipotong.Potong paru menjadi kepingan kecil dan gaulkan paru ni bersama garam dan sedikit kunyit . Panaskan minyak dan goreng paru sehingga masak , angkat dan toskan paru ini.


2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi dan kacau.Biarkan sambal masak samapi terbit minyak kemudian masukkan garam dan gula serta asam jawa.Kacau sambal dan masukkan paru yang sudah digoreng tadi seterusnya masukkan bawang merah yang di potong nipis tadi. Kacau semua bahan supaya paru bersalut dengan sambal .


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

2 comments:

Tihara said...

my fav ni..lame dah tk mkn mende ni :)

meriahceria said...

Hi Tihara,

Mee too. Suka sangat makan paru masak sambal..dpt nasi dgn paru pun dah cukup da.....he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...