Semalam baru pergi ke Taman Gajah kat lancang. Walaupun letih, tapi happy sangat. Dapat pegang live semua binatang kat situ. Lupa nak cakap, semua nye FREE. Tak payah bayar apa-apa pun. Cuma kalau pegi deerland, kene bayar RM3 je. Tapi, for me, its really worth it. Dapat mesra dgn snake lagi. hahahaha...Here is the info for animal lovers:
Pintu masuk
Tempat Tiket
Gajah
Cak cak...hehehhe
Seronok witra dgn cousin dan pakteh
Beruang
Source: Tourism Malaysia
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah.
Pelawat yang berani dan menginginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini.
Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.
Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dalam harmoni.
Tips
Pusat ini dibuka setiap hari mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Aktiviti di sini bermula dari pukul 2 petang hingga 3.45 petang. Pastikan anda memakai seluar panjang ketika menunggang gajah kerana kulitnya yang kasar.
Pengangkutan
Kereta
Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menghala ke arah daerah Lancang, melewati Kampung Karak. Setibanya di Lancang, anda akan menjumpai sebuah stesen gas BP, pastikan anda mengikut arahan papan tanda di sepanjang jalan menghala ke Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah. Perjalanan ini memakan masa selama kira-kira 2 hingga 2 1/2 jam sejauh 160km dari Kuala Lumpur.
Talian Untuk Dihubungi
National Elephant Conservation Centre, Department of Wildlife and National Parks, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur. Tel: +609 - 2790 391; Faks: +609- 279 0398.
Laman web: http://www.wildlife.gov.my
Tourism Malaysia Pahang, Lot G.01, Bangunan Mahkota Square, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang. Tel: +609-517 7111 / 112 / 115 Faks: +609-517 7114
Laman web: http://www.pahangtourism.org.my
MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.