Ads Nuffnang

Monday, June 7, 2010

Mee Kuning Homemade

Baru lepas gelek

Hari ini aku cuti. Aku puasa hari ni. Tak tahu nak buat ape, aku pun terus buat mee kuning. Aku memang suka buat mee kuning. Sampai aku terpikir nak wat mee kuning jenama ummi aka produk mee aku...hahahhaha..

Senang je resepi dia, aku amik dari myresepi.com. 

Homemade Mee Kuning

Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
500gm tepung gandum
1 biji telur
Air
Sedikit kunyit serbuk /pewarna kuning

Cara membuatnya:

Tepung gandum dicampur dengan 1 biji telur + pewarna kuning + 220ml. Uli sampai jadi doh. Tekstur adunan mesti liat/kering jangan terlalu lembut. Selepas itu, masuk kan ke dalam pasta maker or mesin mee. Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang. Tapiskan mee dgn air paip dan tos. Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat. 

Baru lepas rebus, rebus dalam 2-3 minit je

Kalau aku buat dalam 1 paket tepung gandum tuh, dapat la satu bekas besar mee kuning. Aku biasa nye buat supply untuk seminggu. Selamat mencuba...bubye

2 comments:

prettyorked said...

julie, awat gelap gambo nya??

meriahceria said...

hehheeh....dah..aku da upload yang baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...