Ads Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

Alhamdullilah...

 Ingat tak previous entry julie sebelum ni, mimpi hantu . Alhamdullilah mlm td tak mimpi hantu lagi. Julie amalkan baca 4 kul, bismillah 21 kali, dan al-fatihah.

Lega mlm tadi, xpyh nak kusut2 bangun pagi jumpa hantu...huh....



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Monday, September 27, 2010

Apam Seri Ayu




 Malam tadi terover rajin. Tiba-tiba rasa nak makan apam seri ayu. First time buat, alhamdullah jadi. Selamat mencuba!


Bahan-Bahan:
3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa


Cara:
Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.










MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Thursday, September 16, 2010

Wadi Samrah,janda baik

 Dah lama cuti macam ni, macam malas btul nak balik keje sok.


Sok if jadi, insyaAllah nak pi bercoti kat wadi samrah, janda baik. Selamat Bercuti...





MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Monday, September 13, 2010

Apam aiskrim soda mekar

 Ingat tak entry julie yang lepas, apam aiskrim soda mekar

Hari ni julie buat lagi, alhamdulillah menjadi. Happy sangat. Julie buat dalam 200 biji dan semua nya sold out. Tapi letih mmg letih tp julie happy sebab julie suka jamu tetamu. Suka tengok tetamu datang. Rasa nye dari first raya sampai skrang tak habis2 tetamu datang. 




 Apam aiskrim soda mekar
Kuih gunting


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Wednesday, September 8, 2010

Warung Pak Maidin, Seri Kembangan

Last few weeks, kitorang pakat nak buka puasa kat warung pak maidin, seri kembangan. Memang best sebab ramai gak yang join.  

 First snap from ivy's camera.

 

 My favorite pics

MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Tuesday, September 7, 2010

Kak Nani Rostam, mak Hanis Zalikha jana RM20,000 pada Ramadan

Source: Berita Harian

Baru baca post mengenai kak nani di berita harian. Personally, julie suka baca blog kak nani. Good infos and banyak yang kita boleh berlajar dari coretan beliau. Nukilan yang julie paling suka mengenai post kak nani mengenai rumah di kampung.

Julie ingat lagi julie ada baca post kak nani mengenai kak nani jual aiskrim kat sekolah anak nye, siap ada orang dengki lagi. Tapi, personally, i adore her sebab nak meniaga mmg bukan senang. Bak kata kak ina kl, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah(ni juli tambah)...he3


 INFO : Nani Rostam


  • Pekerjaan: Peniaga biskut dan kek, jurusolek sambilan.



  • Suami: Zainal Rashid, 58, pemilik syarikat perunding perniagaan sendiri.



  • Anak: Enam orang



  • Boleh dihubungi melalui www.nanirostam.blogspot.com atau 012-3959779.


  • PERNAH berniaga aiskrim jeli di perkarangan sekolah sementara menunggu anak-anak tamat waktu persekolahan dan dia juga pernah mengambil upah menghantar anak jiran ke sekolah.

    Tanpa mengenal penat, kini wanita gigih, Karshinah Rostam atau lebih dikenali sebagai Nani Rostam, menjual biskut raya secara online demi memenuhi minatnya terhadap perniagaan.

    Sebut saja biskut apa. Coklat Chip Butter Pecan, Chocolate Crumpy, Baby Peanut, Beautiful Blueberry, Darling Cereal, Romantic Hazel, Tart Nanas, Almond London atau Pinky Lover, semuanya berjumlah 23 jenis dihasilkannya sendiri dengan bantuan keluarga dan pekerja sambilan.

    Lebih istimewa, setiap resipi biskut yang dihasilkan dinamakan dengan nama berbaur romantis, katanya, sebagai tanda kasih kepada pelanggan, juga sebagai tarikan kepada pembeli.

    “Tahun ini adalah tahun ketiga saya terbabit dengan perniagaan biskut raya secara online selain tempahan untuk tart nanas, biskut Coklat Chip Butter Pecan dan kek coklat yang diterima pada hari-hari biasa,” katanya.

    Sebanyak 1,700 balang biskut perlu disiapkan Ramadan ini dan Nani sudah memulakan kerja menguli doh seawal seminggu sebelum umat Islam mula berpuasa.
    Bagi memastikan semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi, Nani menyewa sebuah rumah untuk dijadikan bengkel sementara bagi menempatkan 14 pekerja sambilan dan turut dibantu adik iparnya, Zurina Kassim Baba.

    “Pekerja sambilan ditugaskan mengadun doh biskut tertentu saja manakala tugas membuat biskut yang memerlukan tangan dan kerja membakar biskut akan dilakukan sendiri oleh saya serta adik ipar,” katanya.

    Tidak baru di dalam perniagaan biskut raya, wanita berusia 44 tahun dan bergelar suri rumah sepenuh masa itu mula berniaga biskut sejak 10 tahun lalu iaitu ketika dia masih bekerja di bank.

    “Ketika itu, saya belum mahir Internet jadi tempahan banyak diterima daripada rakan sekerja, jiran tetangga malah saya juga minta anak-anak berikan nombor telefon ibu kawan mereka untuk saya hubungi.

    “Bukan setakat itu saja, saya juga pernah berniaga dari rumah ke rumah, juga di bazar Ramadan. Pucuk pangkalnya, orang berniaga tidak boleh malu dan percaya atau tidak, menjual aiskrim di bonet kereta juga lumayan dengan hasil jualan mencecah sehingga RM400 sehari,” katanya.

    Melalui perniagaan biskut di laman blog www.nanirostam.blogspot.com, tugas Nani lebih mudah terutama dari segi pemasaran produk dan juga penghantaran.

    Kaedah digunakan juga dikemas kini setiap tahun bagi memudahkan tugas penyerahan, juga bagi mengelakkan kekeliruan, tambahan pula tahun ini dia perlu mengendalikan lebih 300 orang pelanggan dari dalam talian.

    “Saya meletakkan syarat, setiap tempahan perlu diambil sendiri bagi memastikan ia tidak rosak cuma ada juga pelanggan dari jauh tetap mahu merasa biskut buatan saya dan mahu ia dihantar secara pos,” katanya yang turut meraih pendapatan bulanan sebanyak RM1,000 daripada iklan Nuffnang (pengiklan mendapat bayaran berdasarkan hit).

    Pelanggan Nani kebanyakan adalah pembaca setia blog peribadinya dan blog anak gadisnya, Hanis Zalikha, dari sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Sabak Bernam Pantai Timur dan Seremban.

    “Pelanggan dari sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur akan datang sendiri mengambil tempahan, manakala tempahan diterima dari Terengganu, Johor dan Kelantan akan saya kirim melalui pos,” katanya.

    Nani mengakui, walaupun tugas menyiapkan tempahan agak rumit, keuntungan hasil jualan biskut raya mampu mengubat segala penat lelah selama sebulan itu.

    “Penat memang penat tapi berbaloi kerana hasil jualan biskut saja saya raih keuntungan keuntungan sehingga RM20,000, belum dicampur dengan tempahan kek yang kadangkala perlu saya bakar sebanyak tujuh hingga lapan biji sehari.

    “Sekurang-kurangnya dengan wang jualan biskut, bolehlah saya membeli barang persiapan raya untuk keluarga dan tidak perlulah saya membebankan suami,” katanya tersenyum.

    Jangan pula disangka, penjual biskut tidak membeli atau menempah daripada orang lain kerana saban tahun Nani tidak melepaskan peluang membeli biskut daripada peniaga lain.

    Akui ibu kepada enam cahaya mata itu, bosan menikmati biskut buatan sendiri malah tambahnya, kadangkala idea mencipta resipi baru datang melalui pemerhatian terhadap resipi orang lain.






    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Saturday, September 4, 2010

    Roti Jala Mode

    Kelmarin julie masak roti jala. Cikgu wan ni selera kalah duk hotel nih. Hari-hari mesti nak menu baru. Jenuh la cik julie nak masak resepi baru.

     Roti jala


    Cakap pasal resepi baru, semalam masa nak cuba masak nasi tomato, abis rosak periuk nasi. Dah la nasi tomato ye tak masak(mentah) lak tu. Huh, berbuka puasa makan kerepek pisang yang mak buat lar sudah nye. Resepi roti jala boleh dapat dari sini, roti jala kak hana Thanks akak hana, mintak izin ye kongsi resepi..

    Okey, back to topic again. Roti jala ni juli ikut macam kak hana, kak salam dua benua dan kak ina kl buat. Julie suka selam dalam2 blog depa smpi lemas bru timbul. Seronok sangat tgk gambar food dia. Cantik sangat.

    Selamat Mencuba! 




    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Rendang Kerang

     Dah lama cikgu wan request nak rendang kerang. Julie ni minat rendang tp masak rendang jarang sesangat. Tapi hasil usaha malam ni, jeng jeng, jadi juga rendang kerang julie.





     Rendang Kerang 

    Cara dia, julie ikut dari sini, rendang kerang Alhamdullilah jadi juga rendang kerang julie. 
    Selamat mencuba!


    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...