Ads Nuffnang

Sunday, January 13, 2013

Ayam Goreng Kunyit

Lama sungguh tidak update blog ini. Nasi goreng ayam kunyit memang favourite kami sekeluarga. Ada satu warung di USJ 3, nasi goreng ayam kunyit ye memang umph! Dipendekkan cerita, saya mencuba untuk memasaknya hari ini, simple dan mudah!

Ayam Goreng Kunyit



Resepi:
Boneless chicken (dipotong dadu)
bawang holand (sebiji)
lobak(dipotong panjang dalam 4 cm)
kacang panjang (saya tidak letak)
serbuk kunyit
garam
sedikit tepung jagung
setangkai cili merah
 
secubit rasa (brand maggi)

Cara-cara:

Mula-mula ayam tadi di perap sekejap dengan kunyit dan garam serta secubit rasa (brand maggi). Gaul juga bersama sedikitt tepung jagung. Selepas itu goreng dan diangkat. Selepas itu, jika ikut saya, saya suka utk masukkan lobak merah dulu (biar masak dahulu sebelum bawang). Kemudian di masukkan bawang dan cili merah. Selepas itu baru dimasukkan ayam yang sudah digoreng terlebih dahulu. 

Senang kan! sebarang pertambahan bahan adalah terpulang kepada citarasa masing-masing. Selamat mencuba! teringin nak cuba ayam goreng di blog hana
  
Ayam Goreng Kunyit bersama timun jepun dan sambal ikan bilis.
  


Selamat mencuba!







MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...