Ads Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

Latest : Berbeza

 Tensen laut china selatan btul lar...bila tgk gambar masa muda-mudi dulu, jauh berbeza dgn yg sekarang...rasa nak pergi slimming world da ni, buat liposuction ke...ada bran ke?...alahai...seram nye..cucuk sana sini....






MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole

 Last sunday, julie pergi tgk movie kat summit, subang jaya. Dah terbiasa dgn area subang jaya. Even da stay kat seri kembangan pun, sanggup pi subang jaya. Julie tgk movie, cerita Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole.



Generally, cerita ni best sangat. Julie jenis tgk movie mmg particular skit, segenap sudut julie kaji(ayat tak bole bla..ha3...)

Source: Legend of the guardian: The owls of Ga'Hoole

Soren, a young barn owl, is kidnapped by owls of St. Aggie's, ostensibly an orphanage, where owlets are brainwashed into becoming soldiers. He and his new friends escape to the island of Ga'Hoole, to assist its noble, wise owls who fight the army being created by the wicked rulers of St. Aggie's. The film is based on the first three books in the series.

Director: Zack Snyder
Writers: John Orloff (screenplay), Emil Stern (screenplay).

Release Date: 24 September 2010 (Malaysia) 




MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Alhamdullilah...

 Ingat tak previous entry julie sebelum ni, mimpi hantu . Alhamdullilah mlm td tak mimpi hantu lagi. Julie amalkan baca 4 kul, bismillah 21 kali, dan al-fatihah.

Lega mlm tadi, xpyh nak kusut2 bangun pagi jumpa hantu...huh....



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Glitterati nuffnang


Yeyeyeye, status back to normal.......back to glitterati again. Thanks nuffnang for prompt reply and thanks in advance again. 


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Wednesday, September 29, 2010

Main kutu haram di Malaysia


Main kutu haram rupa nye.  Huh...tak tahu...




Source: kosmo


 KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.







MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

3 malam mimpi hantu!

 Tensen btul la, da nak 3 malam mimpi hantu. Ni da kira melampau da nih. Yang best yeh, da tido kan baca ayat semua pastu bila terjaga, boleh mimpi hantu lagi. Huh...apa motif ni mimpi hantu je....


Dulu masa mula2 masuk umah baru ni lagi best, masa malam first tu da kene kacau. Kereta kitorang tiba2 bunyi alarm dgn witra menangis je.


Huh...ni da 3 mlm asik kene kacau mimpi hantu....Huh....apa motif la ni....Takpe...mlm ni tidur pasang yasin dan ayat al-quran. Esok julie update ye....



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Mati Kutu

 For those yang ber-bloging mesti pernah mengalami simptom ni. Sama lah empunya badan ni. Lately ni mati kutu nak update blog. Lg senang kita masak dan share sama-sama resepi. 

SAYA YANG DI LANDA SINDROM MATI KUTU!



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Monday, September 27, 2010

Apam Seri Ayu




 Malam tadi terover rajin. Tiba-tiba rasa nak makan apam seri ayu. First time buat, alhamdullah jadi. Selamat mencuba!


Bahan-Bahan:
3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa


Cara:
Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.










MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

glitterati nuffnang


 Isk.......bengang btul pagi ni, bila check nuffnang account pagi ni, status gliterati dah tukar jadi status biasa. Rasa nye sebab ada iklan yg terpaste sekali masa paste source dari paper...alahai......




MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Friday, September 24, 2010

Nicol Ann David

 Bangga betul aku dgn nicol david, she is a legend. Memang legend...

Source: nicol david 

Kredit to: berita harian

NICOL Ann David
NICOL Ann David mencipta bangga apabila menyamai rekod pemain Australia, Sarah Fitz-Gerald dengan menjuarai Terbuka Dunia Wanita buat kali kelima di Sharm El Sheikh, Mesir, kelmarin.

Dalam perlawanan akhir, pemain nombor dunia dari Pulau Pinang itu menewaskan pemain tuan rumah, Omneya Abdel Kawy 11-5, 11-8 dan 11-6 dalam tempoh sejam yang juga pertemuan pertama mereka dalam penentuan kejuaraan di kejohanan ini.

Fokus saya amat kuat sepanjang pertandingan. Saya benar-benar mahukannya. Saya tidak mahu membiarkannya terlepas, kata anak kelahiran Pulau Pinang berumur 27 tahun itu seperti dipetik dalam laman web rasmi kejohanan, www.sohosquareworldopen.com.
Ia mengejutkan bahawa saya boleh berbuat sesuatu seperti yang dilakukan oleh Sarah, kerana dia adalah seorang pemain yang hebat.

Dia banyak membantu saya dan dengan jurulatih saya Liz (Irving) beliau memainkan peranan dalam apa yang saya buat, kata Nicol.

Tahun ini, Nicol, yang menjadi pemain nombor satu dunia sejak Ogos 2006 sudah memenangi semua enam gelaran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa), musim ini.

Bermula Mac tahun ini, Nicol memenangi Terbuka Chennai (7 Mac) dan Terbuka Kuala Lumpur (20 Mac) dan meneruskan rentak kemenangan kemudiannya di Terbuka Pulau Cayman pada 17 April.



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Thursday, September 23, 2010

Bikin marah

Saya: pen merah ni awak punye ke?..

Org yg marah tak tentu pasal: ahah...asal?..&*^*(((&(*((

 
 Di atas adalah dialog contoh, pernah tak jumpa orang macam ni?...huh...mesti pernah sebab bumi ni ramai orang dan ramai ragam. Tanya baik2 tapi jawab mcm meroyan tak dapat breakfast pagi rupenye...


Solution: buat tak tau dan elakkan dari berjumpa lagi..okeh....takmo ym ngan ko(Org yg marah tak tentu pasal) lagik okeh!


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Buang kerja

 Just spoke to my colleague, pity her sebab asben dia kene terminate immediately. Aiyooo......scary yeh. Luckily, her husband manage to find new job. Just imagine bout 70 kene buang with one month notice. Tak dapat apa-apa pampasan pun okeh...

Huh.....sedih nye pagi ni, dengan kereta kene block ngan kabar sedey ni...Pysco skit pagi ni.




MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Kereta kene block

Melampau btul la pagi2 ni.....tiba-tiba je asben julie kejut jiran cina kitorang kat sebelah umah block kereta. Imagine lar, umah kitorang tuh umah teres but still....aiyok.....

Tapi part yang kelakar tuh, kitorang dah le tak tau nama cina ni. Meraba panggil uncle, bos, apek, amoi, nyonya kuar umah. Ha3, kelakar btul. Habis sume jiran yang lain keluar. Sorry pagi-pagi aku da havoc satu kampung. 

Tension btul lar. Nasib lar pagi ni, asben pakai kete julie tp tgh hari aku tak dapat mengular lar. Aiseh...


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Tuesday, September 21, 2010

Saya sedang merepek

There is one time tuh, kita nak share something with someone likes sharing problems ke apa je yg kita tak leh nak carry sorang2. But, certain things we cannot simply share. Lots of impact yg kita kene pkir. Mcm me, ada sorang yg julie kenal, taknak ada akaun facebook. She claimed facebook ni terlalu terdedah. Semue benda bout us orang tahu. Umph...maybe ada btul nye. Tp private je la sume tu kan...ha3...

bout our marriage, huh, lagi bahaya nak sharing2...marabahaya....banyak negative impact yeh dari positive yeh. But sometimes, benda ni we need someone that we can trust and share supaye kita tak menjadi abnormal(tak normal aka cakap sorang2 lak...)Me so far, and i believe others too, mengambil pendekatan senyap dan make2 dunno....let it go with flow.....

Kadang-kadang aku terfikir, dalam hidup kita ni banyak kemungkinan, things can happend for no matter what. Today ok esok, tak tentu ok lagi. 

That's y aku called this topic merepek. Sebab tak tahu nak merepek kat mana lagi..merepek kat fb bahaya la wei...kang sume org tahu....sini consider as selamat lagi... ape le yg aku tgh merepek ni...okey...back to work




MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Bayi mati di pusat asuhan

 Terkejut baca paper kosmo pagi ni, ada baby meninggal di pusat asuhan. Huh...berdegup jantung ni...


Source: kosmo




SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Paroi, dekat sini semalam.

Mangsa, Nor Azwa Safrina Hairul Anuar dikatakan dihantar ke pusat asuhan itu pagi semalam kira-kira pukul 7 pagi sebelum ibu bapanya ke tempat kerja.

Menurut nenek mangsa, Zadariah Ismail, 57, dia bergegas ke pusat asuhan itu kira-kira pukul 11 pagi selepas salah seorang penjaga pusat itu menghubunginya memaklumkan keadaan Nor Azwa Safrina didapati lemah.

“Selepas menerima panggilan dari pusat asuhan, saya terus membawa Nor Azwa Safrina ke Klinik Kesihatan Ampangan, di sini dan kemudiannya pihak klinik berkenaan mengarah agar di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk rawatan segera.

“Punca kematian masih belum diketahui berikutan pihak hospital masih menjalankan siasatan,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat HTJ.
Ibu bapa mangsa, Norhida Md. Noor, 26, dan Hairul Anuar, 28, yang tidak mahu diganggu berikutan kematian anak sulung mereka kelihatan sugul ketika menanti di bilik mayat.

Sementara itu, pengusaha Taska yang enggan dikenali berkata, dia tidak berada di tempat kejadian namun dimaklumkan melalui telefon oleh pengasuh kira-kira pukul 12 tengah hari.





MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Monday, September 20, 2010

Annoying

 This is a very sensitif topic. Sometimes, bila jumpe dgn with this type of people, memang hangin satu badan. Ini lebih kurang retetan dr post juli, ragam raya

Me ada kenal sorang ni. No need to describe lar sape dia. Its just renungan bersama. Bila pi jalan umah orang kaya, bukan melangit pujian nye, bukan main hormatnye. Tapi , tapi ok, bila pergi beraya rumah orang susah, orang miskin ni, bukan main kasar bahasa nye, bukan main ego dan sombong nya. Lagak seperti ALI BABA PERGI PASAR. 

There is one time ni, we go to umah orang susah. Memang susah dan miskin sangat. He/she simply say, "isk, umah ni bayak nyamuk la, (sambil sapu wick/bum kat tangan). Just imagine, how they feelings....


Even me, rasa nak tembak satu das dan lempang sampai jepun. But as usual, asben said...let them be....huh...tak jadi julie menembak hari tuh...


Even me, meluahkan kebengangan kat mak, but mak said, maybe she/he ada masalah yang serabut dalam kepala dan mendorong he/she menunjukkan sikap kurang hormat dgn orang lain. For me, orang miskin, orang kaya still a human ok. Who are we to judge people kaya or miskin. Di sana nanti, tidak tentu nasib nye lagi. Dunia ni hanya lah singgahan sementara. Tiada yang abadi. Ingat lah....


Nak julie ceramahkan he/she tp kesan nye?....semua orang akan cakap me kurang ajar sebab?...he/she da berumur pun, anak dah 4 orang.


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Reported Attack Page: Malware Detected

 Kredit to :iylia


Baru lepas baca blog iylia, sama happened to me pagi ni. Buka semua web jadi macam tuh. Rupe nye attacked page. Thanks iylia for info. Thanks for sharing info(iylia ni colleague julie, duk belakang julie je pun kat ofis ni...ha3)...


Source :iylia
 
Pastu tadi terperasaan tweet Khai pasal Cara solve problem Google report attack page. After ikut ape yang Khai tulis tu, barula dapat masuk semua website & blog.

Senang je kalo korang nak solve problem ni.
Buka Firefox >Tools>Options>Tab Security>Untick 'Block reported attack sites'>OK

Kalo korang dah follow step ni, cuba korang try page yang xboleh masuk tu. Kalo dah berjaya bagusla


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Pest conrtol

Boleh la plak ada abang pest control masuk ofis ni, dia kata ada ular kat ofis ni. Biar btui, ada ular ke...yang best yeh, dia kata org ofis ni nama aida call dia. 

Pastu abang pest control ni leh round satu ofis cari ular, tiba-tiba aku terpikir biar btul ada ular. Takut aku....tp betul ke abang pest control ni...macam menipu je....mana ada orang nama aida kat ofis ni....Still  blur sampai skrang ni



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

camwhoring...

 Baru lepas baca blog membe kat ofis ni, iylia . Terjumpe word "camwhoring" kat page iylia ni..hehehe...nak tergelak...sebab ada word tuh..


tanye kat empunya badan tadi, iylia kata tuh mmg selalu org gune skarang...okeh....tambah satu word hari ni....

CAMWHORING


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Ragam Raya

 Hari ni dah raya -11. Huh, raya thn ni mmg  tak menang tangan terima tetamu. Alhamdulillah, ramai orang datang. Biasa nye julie tak suke wat post yg sangat berterus-terang walaupun aku sorang yg terus-terang benornye, but now, me tgh kurang kan terus-terang ye sebab asben ckp ramai leh pengsan if i was terus-terang sangat 

Tapi kan masa raya ni, macam-macam ragam yang kita nampak. Acctually julie ni 6 beradik. I,m the eldest...then leh imagine la why me is so garang mcm ni. Between me and second mmg totally contra sifat nye. Kitorang selalu declare war tak kira tempat. Mule-mule aku ingat ni mcm tak normal je adik-beradik selalu bergaduh tapi masa raya ni, aku tgk ada orang da tua2(sebab anak da besar kan, jadi aku consider tua skit) pun gaduh2 ngan adik-beradik nye. Its normal la even serabutkan kepala aku  bila war end ni.

Raya tahun ni, aku buat pendekatan muhibah skit. Boh layan. Alhamdullilah, tahun ni takde perang kat umah julie. lega mak ngan ayah....


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Saturday, September 18, 2010

Selamat hari raya from office to my readers, viewers and followers

 This is sticky mode entry till next week

Selamat hari raya from office(sebab tengah kerja lagi)..sob sob...


For those yg knowing julie, dan kepada viewers, readers dan kepada sesiapa sahaja, ingin julie:


  • Meminta maaf jika ada terkhilaf bahasa,
  • Menyinggung perasaan
  • Utk rakan2 di office, see ur later next week...
سلامات هاري رايا عيد الفطر
 معاف ظاهير باطين





MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Friday, September 17, 2010

Memasak

 This year berbeza sikit dari tahun-tahun yg lepas. Julie ngan mak dapat masak sama-sama. Alhamdullilah, dapat kenal mak dengan lebih rapat lagi. 

Seronok sangat dapat share2 resepi memasak dengan mak. Andai nye aku tahu......................





MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Thursday, September 16, 2010

Wadi Samrah,janda baik

 Dah lama cuti macam ni, macam malas btul nak balik keje sok.


Sok if jadi, insyaAllah nak pi bercoti kat wadi samrah, janda baik. Selamat Bercuti...





MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Monday, September 13, 2010

Apam aiskrim soda mekar

 Ingat tak entry julie yang lepas, apam aiskrim soda mekar

Hari ni julie buat lagi, alhamdulillah menjadi. Happy sangat. Julie buat dalam 200 biji dan semua nya sold out. Tapi letih mmg letih tp julie happy sebab julie suka jamu tetamu. Suka tengok tetamu datang. Rasa nye dari first raya sampai skrang tak habis2 tetamu datang. 




 Apam aiskrim soda mekar
Kuih gunting


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Sebak di pagi raya

Alhamdullilah, raya tahun ni happy sangat. Dapat jumpe sedara mara yang setahun hanya skali je berjumpa. Tapi di pagi raya, ada satu kenangan yang buat julie terfikir dan terbayang-bayang sampai skrang. Sorry sangat tak dpt nak update blog for these few days ni.

Pagi tuh, macam biasa nak  tolak pegi jalan-jalan rumah sedara. Tapi, masa on  the way nak pergi tuh, ada suami isteri naik biskal. Dari pakaiannya, macam nak pergi beraya, tp suami isteri dan seorang anak mereka( dalam anggaran umur 2 tahun) naik basikal. Julie masa tuh rasa nak turun je ajak diorang naik kereta pergi beraya.

Dalam kegembiraan kita menyambut raya, ada yang masih sedih dan hanya menyambut apa yang mampu je. Julie terfikir, masih ada yang berbasikal di pagi raya.


MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Thursday, September 9, 2010

Ayah

 HUh, sebak btui tadi, baru je lepas call ayah kat rumah. Sedih btul thn ni tak dapat raya sama sebab kene balik kampung mertua dulu.

Julie mmg rapat dgn ayah. Ayah is the best person i ever know in this world. Nothing can replace him.  

Julie ingat lagi, masa tuh final paper kalkulus. Lepas habis je jawab paper tuh, terus call ayah, cakap julie mesti fail  paper tuh.

Ayah terus datang from kuala to shah alam. Ayah sampai je, ayah terus solat hajat utk julie. Ayah cakap, "its ok ana, semua orang melalui saat2 sukar, kuatkan semangat dan everything will be ok"....

Allhamdullilah julie lulus paper tuh, tak sangka sungguh. Memang dari kecik, ayah is such a good listener. You can talk whatever topic with him.  Rindu sangat dgn ayah, mak dan adik2 julie yang nakal2 durian tuh.

Rindu kat masakan mak, riuh rendah mak(yg di warisi me hari ni...ha3)..

To mak ayah,

Selamat hari raya, maaf zahir batin..(td ucap selamat hari raya kat ayah., terus rasa nak meraung...warghhhh)....even tulis ni pun air mata da menitik....

 from, 


ana

MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Wednesday, September 8, 2010

Ajar anak salam tetamu

Nice infos from harian metro, julie also thinking the same thing nak ajar witra salam guest, nenek, atuk with proper. Semoga info ini boleh di jadikan panduan utk seisi keluarga.

Source: harian metro
 
 SALAM... anak-anak perlu diajar supaya bersalaman dengan orang yang lebih tua ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. 


 SOPAN... ibu bapa harus mengingatkan anak-anak supaya menjaga adab dan sopan ketika di meja makan.

 Berikut antara panduan yang boleh dijadikan rujukan ibu bapa dan anak ketika berhari raya:  

Untuk anak:

1. Hormati tuan rumah
Apabila tiba di rumah yang dikunjungi, elakkan daripada terus ke meja hidangan. Sebaiknya, cari tuan rumah terlebih dulu atau jika tidak ada, mungkin mereka sibuk di dapur atau melayan tetamu lain. Ajar anak untuk bersalaman dengan tetamu berdekatan ketika itu. Kemudian duduk dengan sopan. Sementara menunggu tuan rumah keluar, ambil kesempatan berbual-bual mesra dengan tetamu yang ada.

2. Jaga adab ketika makan
Menunjukkan budi bahasa yang baik ketika makan sangat penting. Elakkan daripada berebut. Jika perlu, beratur mengikut giliran. Ambil makanan ketika dipelawa tuan rumah. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Mengelak daripada mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik. Habiskan makanan diambil dan elakkan pembaziran. Untuk ibu bapa, pastikan mereka menyuapkan anak makan dan minum bagi mengelak tertumpah. Jangan biarkan anak mengambil sendiri makanan dikhuatiri peralatan digunakan pecah. Ketika inilah ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya bersopan ketika makan.

3. Berdisiplin dan menjaga adab ketika beraya
Kehadiran anak bersama ibu bapa memang sukar dikawal, sehingga ada yang berlari-lari keluar masuk ke rumah, masuk ke bawah meja, naik ke atas meja makan, masuk ke bilik tuan rumah yang kebetulan mungkin tidak berkunci, masuk ke dapur, menangis atau tertumpah air di lantai dan pelbagai lagi kerenah semula jadi mereka. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengajar anak dengan sifat yang baik. Biasanya anak kecil akan mudah bosan jika terlalu lama beraya, justeru jangan terlalu lama beraya untuk kenalan biasa melainkan saudara terdekat atau kenalan rapat. Ini memastikan anda boleh menggunakan ruang rumahnya seperti menidurkan dan memandikan anak tanpa masalah.

4. Jangan mata duitan
Kanak-kanak juga perlu diingatkan jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya saja. Tujuan asal berziarah pada hari raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam. Oleh itu, jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan dengan membeza-bezakan pemberian duit raya. Selepas balik daripada beraya, sepatutnya anda mengajar anak supaya bersyukur dengan pemberian itu. Katakan kepada mereka, walau macam mana miskin dan daif sekalipun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan kanak-kanak pada hari raya.

Panduan untuk ibu bapa:

1. Duit raya sedekah
Duit raya yang dihulur mungkin suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang daripada segi keikhlasannya. Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk ketika memberi duit raya kepada kanak-kanak. Niat perlu diperbetulkan. Seeloknya duit dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat orang lain.

2. Kawal suara ketika berbual
Keseronokan berbual terutama bertemu rakan juga ada kalanya membuatkan kita tidak sedar mengeluarkan suara yang kuat. Kadang-kadang, ia boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai perbualan itu berkisar kepada umpatan atau perkara yang boleh menyakitkan hati tuan rumah atau orang lain. Keseronokan berbual mengenai perkembangan politik tanah air ada kalanya agak sensitif apabila terdapat orang politik pihak lawan yang hadir ketika itu. Sebaiknya sebagai tetamu, kita seharusnya mengawal suara dan berbual pada perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama tanpa menimbulkan sensitiviti.

3. Memelihara pandangan
Sebagai tetamu, sebaiknya elakkan memandang ke sana ke sini. Sekali sekala itu wajar. Cuma, pandanglah perkara perlu saja seperti memandang wajah tetamu yang datang dengan pandangan ikhlas bersama senyuman. Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik dengan rakan sebelah juga perlu dielakkan. Ini mungkin menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika membabitkan umpatan kepada orang lain.

4. Hadkan masa
Kadang-kadang keseronokan bertemu kawan lama membuatkan kita tidak sedar sudah lama berada di sana. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20 hingga 30 minit akhirnya sehingga tiga jam. Rasanya, tempoh itu terlalu lama. Ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang atau tidak selesa kepada tuan rumah. Lebih malang andai ruangan rumah atau kerusi tetamu yang disediakan begitu terhad. Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain duduk. Tuan rumah mungkin merasa tidak selesa apabila terpaksa berulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang sewajarnya diberikan kepada tetamu baru.

5. Bilangan kehadiran yang sederhana
Membawa ahli keluarga dan rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun, kedatangan rombongan yang ramai mungkin akan menjadi satu kesulitan kepada tuan rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis itu tidak diberitahu lebih awal. Manalah tahu jumlah makanan disediakan ala kadar saja. Hal sekecil ini wajar diambil perhatian untuk mengelak masalah kepada tuan rumah. Siapa tahu, disebabkan kehadiran yang ramai, tuan rumah boleh bergaduh suami isteri disebabkan suasana kelam kabut.

6. Layan kanak-kanak
Bagi ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk melayan kanak-kanak yang bertandang ke rumah. Tidak perlu menunggu 'rumah terbuka' baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang. Jika anda melayan anak orang lain dengan baik, pastinya anak anda juga akan dilayan dengan baik oleh orang lain.

MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Warung Pak Maidin, Seri Kembangan

Last few weeks, kitorang pakat nak buka puasa kat warung pak maidin, seri kembangan. Memang best sebab ramai gak yang join.  

 First snap from ivy's camera.

 

 My favorite pics

MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Pelangi muncul dari jet tentera

 Julie kerja lagi. Esok petang baru balik kampung. Produktiviti pun makin menurun dari hari ke hari. Huh....back to topic....cantik kan pelangi nih....

Source : kosmo



 GAMBAR yang dirakamkan Bernardo Malfitano menunjukkan pelangi di ekor jet F-22. 

SEATTLE - Sekeping gambar yang dirakamkan seorang jurugambar, Bernardo Malfitano memaparkan pelangi muncul dari sebuah jet tentera F-22 yang sedang terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang sering melawat 20 pameran udara di seluruh dunia berkata, gambar unik itu dirakamkan pada Pesta Udara Miramar di San Diego, California pada 2008 hasil proses biasan semula jadi sinaran matahari.

Gambar aksi dramatik itu mula dipertontonkan kepada orang ramai yang mengunjungi Muzium Semangat Penerbangan di sini dan ia berjaya memenangi tempat kedua untuk pertandingan fotografi tahunan penerbangan. - Agensi






MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

Tuesday, September 7, 2010

Kak Nani Rostam, mak Hanis Zalikha jana RM20,000 pada Ramadan

Source: Berita Harian

Baru baca post mengenai kak nani di berita harian. Personally, julie suka baca blog kak nani. Good infos and banyak yang kita boleh berlajar dari coretan beliau. Nukilan yang julie paling suka mengenai post kak nani mengenai rumah di kampung.

Julie ingat lagi julie ada baca post kak nani mengenai kak nani jual aiskrim kat sekolah anak nye, siap ada orang dengki lagi. Tapi, personally, i adore her sebab nak meniaga mmg bukan senang. Bak kata kak ina kl, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah(ni juli tambah)...he3


 INFO : Nani Rostam


  • Pekerjaan: Peniaga biskut dan kek, jurusolek sambilan.



  • Suami: Zainal Rashid, 58, pemilik syarikat perunding perniagaan sendiri.



  • Anak: Enam orang



  • Boleh dihubungi melalui www.nanirostam.blogspot.com atau 012-3959779.


  • PERNAH berniaga aiskrim jeli di perkarangan sekolah sementara menunggu anak-anak tamat waktu persekolahan dan dia juga pernah mengambil upah menghantar anak jiran ke sekolah.

    Tanpa mengenal penat, kini wanita gigih, Karshinah Rostam atau lebih dikenali sebagai Nani Rostam, menjual biskut raya secara online demi memenuhi minatnya terhadap perniagaan.

    Sebut saja biskut apa. Coklat Chip Butter Pecan, Chocolate Crumpy, Baby Peanut, Beautiful Blueberry, Darling Cereal, Romantic Hazel, Tart Nanas, Almond London atau Pinky Lover, semuanya berjumlah 23 jenis dihasilkannya sendiri dengan bantuan keluarga dan pekerja sambilan.

    Lebih istimewa, setiap resipi biskut yang dihasilkan dinamakan dengan nama berbaur romantis, katanya, sebagai tanda kasih kepada pelanggan, juga sebagai tarikan kepada pembeli.

    “Tahun ini adalah tahun ketiga saya terbabit dengan perniagaan biskut raya secara online selain tempahan untuk tart nanas, biskut Coklat Chip Butter Pecan dan kek coklat yang diterima pada hari-hari biasa,” katanya.

    Sebanyak 1,700 balang biskut perlu disiapkan Ramadan ini dan Nani sudah memulakan kerja menguli doh seawal seminggu sebelum umat Islam mula berpuasa.
    Bagi memastikan semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi, Nani menyewa sebuah rumah untuk dijadikan bengkel sementara bagi menempatkan 14 pekerja sambilan dan turut dibantu adik iparnya, Zurina Kassim Baba.

    “Pekerja sambilan ditugaskan mengadun doh biskut tertentu saja manakala tugas membuat biskut yang memerlukan tangan dan kerja membakar biskut akan dilakukan sendiri oleh saya serta adik ipar,” katanya.

    Tidak baru di dalam perniagaan biskut raya, wanita berusia 44 tahun dan bergelar suri rumah sepenuh masa itu mula berniaga biskut sejak 10 tahun lalu iaitu ketika dia masih bekerja di bank.

    “Ketika itu, saya belum mahir Internet jadi tempahan banyak diterima daripada rakan sekerja, jiran tetangga malah saya juga minta anak-anak berikan nombor telefon ibu kawan mereka untuk saya hubungi.

    “Bukan setakat itu saja, saya juga pernah berniaga dari rumah ke rumah, juga di bazar Ramadan. Pucuk pangkalnya, orang berniaga tidak boleh malu dan percaya atau tidak, menjual aiskrim di bonet kereta juga lumayan dengan hasil jualan mencecah sehingga RM400 sehari,” katanya.

    Melalui perniagaan biskut di laman blog www.nanirostam.blogspot.com, tugas Nani lebih mudah terutama dari segi pemasaran produk dan juga penghantaran.

    Kaedah digunakan juga dikemas kini setiap tahun bagi memudahkan tugas penyerahan, juga bagi mengelakkan kekeliruan, tambahan pula tahun ini dia perlu mengendalikan lebih 300 orang pelanggan dari dalam talian.

    “Saya meletakkan syarat, setiap tempahan perlu diambil sendiri bagi memastikan ia tidak rosak cuma ada juga pelanggan dari jauh tetap mahu merasa biskut buatan saya dan mahu ia dihantar secara pos,” katanya yang turut meraih pendapatan bulanan sebanyak RM1,000 daripada iklan Nuffnang (pengiklan mendapat bayaran berdasarkan hit).

    Pelanggan Nani kebanyakan adalah pembaca setia blog peribadinya dan blog anak gadisnya, Hanis Zalikha, dari sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Sabak Bernam Pantai Timur dan Seremban.

    “Pelanggan dari sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur akan datang sendiri mengambil tempahan, manakala tempahan diterima dari Terengganu, Johor dan Kelantan akan saya kirim melalui pos,” katanya.

    Nani mengakui, walaupun tugas menyiapkan tempahan agak rumit, keuntungan hasil jualan biskut raya mampu mengubat segala penat lelah selama sebulan itu.

    “Penat memang penat tapi berbaloi kerana hasil jualan biskut saja saya raih keuntungan keuntungan sehingga RM20,000, belum dicampur dengan tempahan kek yang kadangkala perlu saya bakar sebanyak tujuh hingga lapan biji sehari.

    “Sekurang-kurangnya dengan wang jualan biskut, bolehlah saya membeli barang persiapan raya untuk keluarga dan tidak perlulah saya membebankan suami,” katanya tersenyum.

    Jangan pula disangka, penjual biskut tidak membeli atau menempah daripada orang lain kerana saban tahun Nani tidak melepaskan peluang membeli biskut daripada peniaga lain.

    Akui ibu kepada enam cahaya mata itu, bosan menikmati biskut buatan sendiri malah tambahnya, kadangkala idea mencipta resipi baru datang melalui pemerhatian terhadap resipi orang lain.






    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    kawan biar seribu

     Baru lepas baca n3, mari merepek Ada benar nye apa yang cik miezi(according to his friend yg komen dlm tuh called him miezi). Its true that nowadays its hard to define a true friend kan kan kan.


    Rasa nye selain mak ayah, dan suami (as blabber said), ada ke yang mau sehidup semati dan sesusah susah kita(i think semua orang tahu level susah masing2).

    As for me, yes, i am. As ayah said, semua orang pernah melaluinya. Nothing to worry.

    Sometimes kan, bila jumpe with peoples yg ada kaya raya dan mlm tadi lak, kebetulan layan channel zee(hindi channel mari). Tgk cerita pardes, starring by shah rukh khan, dan siap tah(tak kenal heroin ye).

    Ada satu statement shah rukh khan ni,(julie paham sebab ada sarikata kat bawah tuh, hehehe)..


    "Semakin kaya orang tu, semakin dia jauh dari kebenaran...apa yang dilakukan semua di ingat betul"...


    Terkesima sat.....


    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Raya mode vs kerja mode

    Huh, lagi mau dekat raya lagi takde mood nak kerje. Lately ni aku moody angin sume la satu badan. Bagi aku, raya ni meriah utk budak2, maybe kids prefer for duit raya, jalan2 etc.

    Tp mcm adult as me lak, biasa je. Maybe meriah skit dpt pakai baju raya then sume mood happy je pagi raya...heh..ye ke?...takmo gaduh2 pagi2 raya...takmo takmo....

    This raya, turn kampung suami julie kat karak. Then second raya balik my house lak. Ade mode lagi ke nak keje bila da nak dekat raya, ramai colleague dah cuti lak tuh, tinggal bape kerat je pun. Huh, frankly speaking is 0. 

    Maybe tu pun jadi reason aku moody gak. One more reason is cik abang dah cuti, syok jalan2 ngan anak, kita kene kerja, tak suke!





    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Saturday, September 4, 2010

    Roti Jala Mode

    Kelmarin julie masak roti jala. Cikgu wan ni selera kalah duk hotel nih. Hari-hari mesti nak menu baru. Jenuh la cik julie nak masak resepi baru.

     Roti jala


    Cakap pasal resepi baru, semalam masa nak cuba masak nasi tomato, abis rosak periuk nasi. Dah la nasi tomato ye tak masak(mentah) lak tu. Huh, berbuka puasa makan kerepek pisang yang mak buat lar sudah nye. Resepi roti jala boleh dapat dari sini, roti jala kak hana Thanks akak hana, mintak izin ye kongsi resepi..

    Okey, back to topic again. Roti jala ni juli ikut macam kak hana, kak salam dua benua dan kak ina kl buat. Julie suka selam dalam2 blog depa smpi lemas bru timbul. Seronok sangat tgk gambar food dia. Cantik sangat.

    Selamat Mencuba! 




    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Rendang Kerang

     Dah lama cikgu wan request nak rendang kerang. Julie ni minat rendang tp masak rendang jarang sesangat. Tapi hasil usaha malam ni, jeng jeng, jadi juga rendang kerang julie.





     Rendang Kerang 

    Cara dia, julie ikut dari sini, rendang kerang Alhamdullilah jadi juga rendang kerang julie. 
    Selamat mencuba!


    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Friday, September 3, 2010

    Expected for unexpected things

     Huh, this morning received one really shock shocking news. Very supprising sungguh(sorry to mix the bahasa). 


    Life is full of surprise. Anything can happened innit?...



    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Thursday, September 2, 2010

    Mengantuk di Office

      
     Macam ni lah aku skrang nie

    Source:Google


    Huh...tujuan buat n3 ni sebab julie dah mengantuk tahap dewa ni. Tak tahu nak wat pe. Tapi sini ada tips nak hilangkan mengantuk:


    1. Cuit kawan ofis sebelah(buat2 lah nak borak, sambil tuh leh segarkan mata).
    2. Pergi tandas dan wat senaman lompat setempat sebab mengantuk ni disebabkan darah yang tak bergerak(kawan julie cakap la)
    3. Yang ni part paling faveret, pi toilet, pilih toilet yg paling bersih, duduk pastu tidur sat dalam 5 minit. 5 minit cukup la jangan wat lama2 nanti kantoi...okeh...(ini terbukti sebab ramai budak ofis ni buat, dan tandas sini bersih, berkilat, thanks kak ieda(cleaner ofis ni).


    ha3, kronika

    Source:google

    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Nasi Tomato

     Semalam, julie konon nak masak nasi tomato, tapi tak jadi. Silap sebab sepatutnya masak kat atas kuali dulu, ni julie masuk terus dalam rice coocker. Tapi yang paling sedih nya, periuk rice cooker dah rosak...warghhhh


    Semalam angin satu badan mcm baby kat bawah ni. Till now, pun rasa nak mengamuk satu alam..aiyak...


    Ni muka moody ke muka cute nih..

    source: google

    Update: will try for second attempt later...huh...fuh..hopefully will berjaya this time...

    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

    Wednesday, September 1, 2010

    Handphone


     Source:Handphone

    Remember when you were a kid and you played with fake phones? Or maybe you played with an imaginary phone, holding two fingers to the side of your head. I have news for you, you didn’t look as ridiculous as this guy.
    The Handphone concept makes you look like a borg taking a business call. It sits on your hand, with a few wires and fingers leads, and turns your fingers into a portable cellphone device. You navigate and control the phone using natural gestures and voice commands. For Borg technology, the LCD on this thing is pretty lacking. No wonder Picard kicked their butts.

    “I am Locutus of Borg. Resistance is futile. Hold on a second while I take this call.”

     Source: handphone

    Wargh....trauma julie hari ni, handphone tinggal kat rumah. Rasa macam tak complete jerrrrrrrrrrrrrrrr............

    MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...