Ads Nuffnang

Wednesday, June 23, 2010

Funny



Kelakar tak kereta ni?

Kelakarkan kereta nih, hahahhaha. Aku snap gambo ni masa balik lunch last friday. Benda yang terpacak atas tuh kamera ke tak kot. Macam ni kot kamera paparazi.

Bubye kamera tinggi

Dah 3 hari kereta  ni tersadai kat pokok

Kereta ni aku rasa accident hari ahad last week, da 3 hari dah kereta ni  tersadai kat sini. Remuk kereta nih. Tak tau apa jadi ngan drvier dia. 

Okey, back to work. cin cau cin

Tuesday, June 22, 2010

Java, Scripting - SQL and Normalization - Table

I suppose I can write about anything I like, sebab this is my blog, my page and so I have the right to!Ok, today we talk bout exam aka writing test. Basically, i will update this blog when i,m bored, angry, mad, happy or whatever mood. Then, my mood for today is NOTHING, but still.....Exam? IQ test?...writing test...


gerenti exam ni susah gila tahap satria mata hitam


serabut...


Jadi mcm cat ni..terlebey study..hahahahhaha

Dari language-language kat atas ni, aku prefer SQL language. Tenang hati aku bila wat language ni. Java?.....hhahaha...aku ingat lagi masa intern aku wat language ni...rasa nak tercabut rambut dr kepala, and alhamudullilah, it didnt. hahahahahha...okeh....Back to work.....CIN CAU CAU CAU

Monday, June 21, 2010

Good Service from Proton

Wow....supprise, just received a phone call from En dali. En Dali is my sales advisor when i bought my car last month. Then, i ask his help to book for service after i fail to enggage with their custome service. Cuba kan, mana tau, encik dali  boleh tolong. Unexpected, he did it. En Dali ni sales advisor kat tepi kesas highway tuh.

Thank you very much. For those who wanna to buy a new car from proton, kindly go to proton at kesas highway tuh, Highly recommended!

Thursday, June 17, 2010

Badminton Tournament

Witra as pom pom girl to cheer the player...hahaha

As kak wani requested last 3 weeks, here is the picture last night badminton tournament. It was havoc and hectic day...hahhaa...with witra's geng vs en khairi's geng...hhehehe...

mlm tadi aku bawak anak buah ngan witra gamat jadi nye badminton mlm tadi. payah betul nak main...sebab tgh-tgh main diorang ni buat iklan lak...selamba je jalan tengah-tengah court bawak belon ayam tuh...

Okey, check out pics kat bawah ni....:)


Ahmad akbar aka adik asben, baru 8 tahun, tp hebat main badminton..main regu lawan en khairi ngan shaharom

En khairi regu dgn shaharom


Bar tgh nak serv bola


Anak-anak en khairi aka manager (bos) aku..

Regu anak-anak

Witra tgh wat post jadi pom-pom girl

Regu anak-anak versi 2

Every week, aku mesti main badminton, saje wat aktiviti suka seminggu skali.. Chilling ....chilling time with badminton...hhahaha

Wednesday, June 16, 2010

Perlis


pump minyak yang kelakar

Nampak tak pump minyak kat atas ni....kelakar btul..tempat parking kereta dia rapat sangat sampai sebuah kereta je leh masuk kat parking ni.
Last week, my husband's family and i went to perlis. Dah lama plan da, kitorang pergi hari sabtu dan hari isnin malam nye, dalam pukul 2 pagi kitorang sampai umah. huh...penat gila..tp jalan dengan family ni seronok. Alahamdulilah, kami selamat pergi dan sampai. Aku rasa sampai skrang letih perlis aku pun  tak ilang lagi.

Overall, our journey is had lots of fun. Aku ngan husbdan gilir-gilir bawak kereta. Witra lah orang yang paling happy. Dengan sepupu sepapat nye. Ramai la geng witra. Hari ni pun depa ada lagi kat umah. Hepi btul witra. Masa lunch aku balik tadi, asben aku cakap witra kacau budak-budak ni. Witra ni memang da nampak sikap conquer dia. Bayangkan budak 7-9 thn kena ikut cakap dia..Witra ni baru 3 thn. Tpi perangai mcm budak besar da. 
Gua Kelam

First day  tuh, kitorang sampai around 9 pagi(hampir 10 jam perjalanan dari seri kembangan). Then around 3 pm after mandi solat dan pelbagai lagi. Kitorang pergi Gua Kelam. Pergh, nak patah kaki aku masuk gua kelam ni pakai kasut tinggi. One things is aku ni gayat. Ada satu masa tuh, aku jalan lambat, depa dah jalan laju kat depan. Aku rasa nak muntah dalam gua tuh..hahahah...lau tak, abis semua org keracunan kene bau muntah aku dalam tuh...hihihih....tapi aku berjaya menghabiskan keluar masuk gua kelam tuh.



Dlm gua kelam


Asben with our travel guide, Pakcik Bakar.

Pakcik Bakar aka our travel guide ni merangkap kepada abang ipas biras aku. Opps..lupa lak aku nak cite tujuan aku datang perlis ni. Acctually tujuan aku datang perlis ni nak lawat adik ipar aku yang duduk kat sana almost 4 thn dah. Suami ye bomba then asal lak perlis. jadi kene pulang dan bermastautin ke perlis gamak nye.

Okeh, back on track, On track to greener world....heheh...Pakcik bakar ni bagus betul. Serba serbi dia arrange kan. Semua dia plan kan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selesa btul bila ada travel guide. Rupa nye pakcik bakar ni kerja tetap dia bawak kato. Tau tak kato ni apa...kato ni buldozer yang jalan atas jalang nget nget tuh...hahhaha.

pakcik bakar ni pernah masuk harian metro dulu sebab dia ngan buldozer kene timbus ngan tanah. Satu hari dia dalam tanah tuh. Alhamdullilah selamat. Hebat kan. Kuasa Allah dia selamat.

My mum in law with sis in laws

Candid


Me with Gua Kelam...hahahah


My husband n i with gua kelam again..hahahah

Tasik Melati


Mak mertua ku


Mak mertua ku yang di sayangi sama macam aku sayang mak kandung aku juga..


Dekat jeti feri ke langkawi


Pulau Langkawi


Ayah Mertua mengisi minyak

Friday, June 11, 2010

Boring

Boring! huh....tak tau camne nak express feel aku nih....bercampur baur rasa nye. Macam aku, aku mmg suka nagged. For those yang rapat dengan aku, diorang tahu aku macam mana. Sometimes rasa sunyi lak bila aku tak cakap banyak.

huhuuu...buat apa nak sedih2 kan...hidup ni mesti meriah dan ceria....hahhahahaha...

Thursday, June 10, 2010

Update


Handphone yang ranggi

Yihaaaaaaaaaaaaaaaaa.......syok kan kalau ada handphone macam ni...rasa-rasa aku boring jer.....suruh dia menari macam ni...hahhahaha....yiba yiba yiba

Atas permintaan ivy(my dearest colleague at office)http://veemau.multiply.com/ aku update blog ni....ehehehe....aku tahu ivy....ko rindu kan aku kan...kekekkekekeh.....aku petang-petang macam ni kat ofis mula lah sindrom mengantuk aka malas aku....hahhahahaha....tapi bukan aku seorang je yang mengalami nye..Hampir semua orang dalam ofis( ke semua orang pun sama)...



Before



After: Kak wani and Ivy Mau

hihihi....nampak tak i phone kat tangan kak wani tuh...huhu.,..aku mengidam handphone tuh....kak wani cakap iphone 4 dah keluar...lagi canggih...dr iphone sekarang...handphone aku tak payah lar...blackberry china mari marrrr....nanti lah aku kumpul duit cukup-cukup(dari bloging ni cukup ke?..yes if aku ni top blogger yeh...dpt sebulan rm4 ribu....isk isk isk....amin)...ops ops....aku berangan kejap yeh...

let me introduce my friend first, kak wani ni duk belakang aku je,...hai kak wani....yang ivy plak duduk sebelah kak wani...hehehehhe....diorang berdua ni meriah ceria macam nama blog aku juga...hehehehe....

sebelah aku plak iylia, dan depan aku plak fiza http://prettyorkeds.blogspot.com/ heheheh...macam aku tgh cerita hierarki keluarga lak. Tapi betul lah...kat ofis ni kita treat colleague as a family then kita mesti rasa seronok nak kerja. At least kita ngantuk kita hon-hon orang lain supaya tidak mengantuk lagi...hahahaha...aku selalu buat macam tuh...

okeh...apa uols buat bila dah mengantuk kat ofis

a. hentak tangan atas meja
b. cuit pinggang kawan dengan pensil cameron highland yang besar tuh
c. tidur kat surau jap dalam satu jam
d. takde satu pun lar yang aku buat okeh!

hehehehehe....okeh...sila tinggalkan komen anda yeh di ruangan komen di bawah...hahahhaha



Breakfast



Ingat tak post aku pasal aku wat homemade mee kuning hari tuh...pagi ni aku buat mee goreng. Bawak kat ofis. So far, collague aku kata taste dia makin sedap dan lagi anjal. Alhamdulllilah. Acctually aku suka nak wat mee kuning, keaw tiaw ngan bihun sendiri. Aku yakin dan suka sebab aku tahu apa bahan dia, camne pembuatan yeh dan yang paling penting tahap kebersihan tuh.

Wednesday, June 9, 2010

Nur Layla Witra


6 months old

Gambar ni mak andak, faezah kassim yang amik. hihihi...thanks andak. This moment mak andak yang jaga witra. Thanks to bibik rita(dimanakah dia sekarang). Witra tak pandai jalan lagi masa ni.


Garu pinggang kot witra masa ni.
2 years old

Masa ni kitorang pergi pet zoo at mydin. Happy betul witra masa ni. Dulu pernah bawa dia pergi zoo negara. Tapi masa tuh witra demam. Jadi tak make sense sangat pada dia masa tuh. 


2 years old ++

She want drink by herself. Tapi ni gambar awal 10 minit. After 10 minutes, abis air tumpah daaaaaaaa.


thus the sleepy face and messy hair

Gambar witra macam nak sengih. Rasa nye masa ni witra tengah nak posing. Takpe. Jadi model di blog umi yeh sayang.


Yooo...wassssuppppp!

hhahaha...this picture was taken without any plan. very sudden. thanks to kak wani for bali hat ni. witra lurve so much. julie terus snap gambar ni masa dia tengah berdiri dekat wall nih.

Mengantuk



Witra tidur sambil hisap tangan, abah nye sempat posing lagi..huhu

Aku suke sangat gambar ni, witra nampak adorable btul. Sayu hati aku kalau tengok gambar ni. Dialah  penawar hidupku. Kalau malam-malam aku stay up, dia lah jadi peneman setia sambil dia tengok dvd mr bean. Erm, witra ni peminat setia mr. bean rakan-rakan sekalian.

Tiap-tiap malam mesti nak tgk mr bean. Tak kisah la pape pun. janji ada mr bean.

Aku wat entry ni sebab aku da mengantuk tahap kronik. Kalau nak ikutkan hati aku nak je aku tidur atas meja nih. Huhuhuhu. Tapi kat ofis ni, kalau tidur , boleh dapat surat warning nanti...hahahahahhaa...jadi aku terpaksa jengkil kan mata aku ni mcm mata ikan. Huhu...pedih mata aku ni tahan ngantuk. Badan aku pun lemau ngantuk ni. Nak je rasa aku drive balik umah tidur sejam pastu datang ofis balik. huhu,...Boleh ke wat macam tuh...hahahahha

Moody

Perasaan moody semua orang ada. Aku percaya ada satu saat tuh kita rasa marah dan nak orang pun tahu kita marah kan. Tetapi mari kita renung dalam-dalam dan fikir, adakah moody kita akan membawa sebarang kebaikan pada kita.

Masalah. Semua orang ada masalah. Antra kecil atau besar je masalah tuh.

Takpe lah. Mungkin dia ada masalah besar yang dia tidak boleh bendung lagi. huhu. Okay fiza.....over to you...http://prettyorkeds.blogspot.com/

Monday, June 7, 2010

Mee Kuning Homemade

Baru lepas gelek

Hari ini aku cuti. Aku puasa hari ni. Tak tahu nak buat ape, aku pun terus buat mee kuning. Aku memang suka buat mee kuning. Sampai aku terpikir nak wat mee kuning jenama ummi aka produk mee aku...hahahhaha..

Senang je resepi dia, aku amik dari myresepi.com. 

Homemade Mee Kuning

Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
500gm tepung gandum
1 biji telur
Air
Sedikit kunyit serbuk /pewarna kuning

Cara membuatnya:

Tepung gandum dicampur dengan 1 biji telur + pewarna kuning + 220ml. Uli sampai jadi doh. Tekstur adunan mesti liat/kering jangan terlalu lembut. Selepas itu, masuk kan ke dalam pasta maker or mesin mee. Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang. Tapiskan mee dgn air paip dan tos. Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat. 

Baru lepas rebus, rebus dalam 2-3 minit je

Kalau aku buat dalam 1 paket tepung gandum tuh, dapat la satu bekas besar mee kuning. Aku biasa nye buat supply untuk seminggu. Selamat mencuba...bubye

Favaourite Shop

Me and Mrs Syakila aka owner kedai favaourite aku

Jeng jeng, as promised aku wat entery khusus untuk kedai favourite aku di mydin. Dont ask my why, even aku dah pindah dari subang pun, i,m still lurve to go mydin. Mutu dan kejaminan HALAL tuh buat aku suka membeli belah di mydin tanpa was-was. I still remember there was one time aku kat cashier and that time azan magrib (if i,m not mistaken), cashier semua berhenti untuk menjawab azan. SubhannaAllah aku betul-betul terkejut dan aku respect betul for those yang buat macam tuh. Tu lagi menguatkan aku untuk terus membeli belah di mydin.

Opps, aku terlupa nak cerita pasal kedai favourite aku di mydin, Selain mydin product yang memang aku selalu beli tiap minggu, aku pun ada kedai favourite. Kedai favourite aku tuh betul-betul depan parking aka tiang B3. Senang je nak cari, masuk je entrance mydin tuh dari parking, terus nampak kedai ni.

Kedai ni aku suke pergi dari dulu lagi. Dekat 2 tahun aku datang sini. Pekerja dia, Puan syakila senang betul nak tawar harga, Ye lah, aku da 2 tahun shoping sini. Currently ni depa da ada jual beg dah...
Peace!



Perasan tak akak syakila posing ye sama je kan..


Sunday, June 6, 2010

Prince of Persia


Tiket Wayang : Prince of Persia

Baru je balik dari summit, mula-mula plan nak pergi sunway piramid. Tapi terlanjur pergi mydin, terus pergi summit. Tapi memang best gila cerita Prince of Persia. Its worth it with its value compared to the last movie yang aku pergi hari tuh. Ampesh bin ampesh betul. Terasa macam tengok drama je masa tuh.
Before tu, we went to mydin. Ramai betul orang kat situ. Rupa nye ada sales kiko. Not bad, sehelas baju kiko lelong sampai RM5. Memang shopping witra habis-habisan masa tuh.
Teringat masa aku, noryn, azian, dengan kak im pergi sales kiko kat puchong dulu. hihihihi...thanks noryn sebab jaga hp aku masa tuh...time tuh tgh sibuk aku gaul-gaul(pilih baju,...kusyuk sangat)...tak sedar handphone da tercicir...rupa nye noryn yang tolong jaga...punya lah panik aku masa tuh...hehhehe...kelakar btul aku ingat masa tuh...


Kusuk betul orang pilih baju




Ada jual bra lelong juga,...hehhehe...cantik-cantik gak

Aku nak cerita sebenarnye, aku ingat nak beli kan witra sandal...sebab murah kan..RM5...kat pasar malam pun tak dapat RM5(bak kata apek tuh masa aku mintak tawar RM4). Tapi witra nak juga kasut ni hah.




Nak tahu kenapa witra minat, sebab ada gam barbie bawah nye. Huh....macam-macam...next entry aku cerita pasal kedai favourite aku kat mydin..


Saturday, June 5, 2010

nasi beriani


      Nampak sedap kan nasi beriani ni.....nasi beriani ayam...

Malam tadi kami sekeluarga makan di nasi beriani gam di seri kembangan. Siapa yang duduk sini mesti tahu kat mana kedai ni...first time kitorang makan kat sini....tapi sedap betul nasi beriani yeh...julie order satu je..sebab aku ni baget nak diet....jadi lau selagi leh elak nasi.....aku tak makan nasi...



                                     Roti canai kosong satu...


Cik abang wan lapar btul malam ni..da order nasi beriani...order lagi roti canai kosong....roti canai pun sodap...yummy btul...


Sambil tunggu-tunggu order tuh, kitorang siap order yong tau fu kat kedai tuh...ada dalam 4 cucuk aku order. witra suka betul makan telur...dia ternampak telur puyuh ni...nak plak...aku pun amik satu batang(ada dalam 3 biji telur puyuh)....then nak jadikan cerita...tengah aku nak makan roti tuh...witra letak telur puyuh kat atas roti canai tuh...hehehhe...funny witra ni...aku rasa macam artistik sungguh gambar ni(aku buta seni sebenarnye)...



This photo i dedicated to all my colleague..hahhahaa....dulu aku pernah story kat depa witra susah btul nak wat peace....then, atas usaha gigih nye, tak kenal siang malam...cewah cewah cewah...macam btul je...hahhahaha

Okey all....gud nite...tatatatata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...