Ads Nuffnang

Friday, September 24, 2010

Nicol Ann David

 Bangga betul aku dgn nicol david, she is a legend. Memang legend...

Source: nicol david 

Kredit to: berita harian

NICOL Ann David
NICOL Ann David mencipta bangga apabila menyamai rekod pemain Australia, Sarah Fitz-Gerald dengan menjuarai Terbuka Dunia Wanita buat kali kelima di Sharm El Sheikh, Mesir, kelmarin.

Dalam perlawanan akhir, pemain nombor dunia dari Pulau Pinang itu menewaskan pemain tuan rumah, Omneya Abdel Kawy 11-5, 11-8 dan 11-6 dalam tempoh sejam yang juga pertemuan pertama mereka dalam penentuan kejuaraan di kejohanan ini.

Fokus saya amat kuat sepanjang pertandingan. Saya benar-benar mahukannya. Saya tidak mahu membiarkannya terlepas, kata anak kelahiran Pulau Pinang berumur 27 tahun itu seperti dipetik dalam laman web rasmi kejohanan, www.sohosquareworldopen.com.
Ia mengejutkan bahawa saya boleh berbuat sesuatu seperti yang dilakukan oleh Sarah, kerana dia adalah seorang pemain yang hebat.

Dia banyak membantu saya dan dengan jurulatih saya Liz (Irving) beliau memainkan peranan dalam apa yang saya buat, kata Nicol.

Tahun ini, Nicol, yang menjadi pemain nombor satu dunia sejak Ogos 2006 sudah memenangi semua enam gelaran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa), musim ini.

Bermula Mac tahun ini, Nicol memenangi Terbuka Chennai (7 Mac) dan Terbuka Kuala Lumpur (20 Mac) dan meneruskan rentak kemenangan kemudiannya di Terbuka Pulau Cayman pada 17 April.



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...